Tuesday, June 1, 2010

Percintaan Jarak Jauh Episod 4

Perjalanan aku pulang ke Kedah begitu membosankan kerana suasana sekeliling mulai gelap dan menyukarkan aku untuk menikmati keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t. Di samping itu, suasana di dalam bas sememangnya sunyi kerana hanya ada 7 orang penumpang yang ingin pergi ke Kedah. Aku mengambil keputusan untuk bersandar kerana terlalu letih dan dalam masa yang sama keletihan itu sedikit terubat setelah aku berjumpa dengan insan yang aku sayang. Tetiba pipi aku basah kerana sedih terpaksa berpisah dan hanya dapat berjumpa Siti dalam tempoh masa yang begitu singkat. Begitu besar cabaran bercinta kali ini,mana taknya terpaksa berjauhan antara Kedah dan Melaka. Sedang aku mengelamun dan hamper terlena, tiba-tiba aku tersedar apabila telefon bimbit milikku bergetar menandakan aku menerima satu pesanan ringkas.”Awak,saya dah selamat sampai rumah dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang sejauh ini semata-mata untuk berjumpa dengan saya.”katanya melalui pesanan itu. Oh, baru aku teringat yang aku telah berpesan kepadanya supaya memberitahu aku sekiranya telah sampai ke rumah. Aku menyuruhnya berbuat demikian bukan sengaja tetapi aku risau akan keselamatannya yang terpaksa memandu dalam keadaan yang gelap dan hujan yang sangat lebat. Selepas membalas pesanan ringkas Siti, aku pun melelapkan mata untuk menghilangkan penat.
“Alor Setar!!..Alor Setar!!”. Aku terjaga dari lamunan mimpiku. Aku dalam keadaan yang letih membuka mata perlahan-lahan lalu baru aku sedar yang kini aku telah sampai di Kedah. Aku segera bangun dan turun dengan kadar yang segera kerana bas ini akan menyambung perjalanannya ke depot simpanan bas. Aku yang baru saja bangun dari tidur merasa sungguh malas untuk balik ke rumah. Kalau ikutkan hati,hendak saja aku tidur di stesen bas ini tetapi aku bimbang keluargaku akan mencari aku kerana aku telah berjanji untuk pulang pada malam ini juga. Aku berjalan dengan penuh kemalasan menuju ke arah motosikal yang aku letakkan di tempat yang disediakan oleh majlis bandaraya. Lebih kurang jam 10.55 malam, aku tiba di rumah peninggalan arwah datukku. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku ditegur oleh ibuku. “Amboi seronok ka jumpa buah hati hang tadi?”kata ibuku dalam loghat utara sambil melemparkan senyuman kepadaku. Aku hanya membalas dengan senyuman yang menampakkan gigiku tanda seronok. “Pi dapur, abah ada beli kat hang nasi ayam.”tambah ibuku lagi. Bertambah seronok aku seolah-olah langkah kanan aku. Tanpa membuat masa aku pun menjamah makanan itu. Sedang asyik aku makan, telefon bimbitku berbunyi menandakan satu pesanan ringkas diterima. “Sayang,u dah sampai ke?”papar telefonku. Aku secara tak semena-mena tersedak apabila Siti memanggil aku dengan panggilan sayang. Terasa sungguh indah dunia ini dan aku tersenyum gembira seorang diri. “Ha, sambil makan pun boleh mengelamun ka?”sergah kak long aku menghentikan lamunan aku. “Ala kak ni tak sporting la, baru ja angah nak seronok-seronok.”jawabku sambil tersipu-sipu malu.”Susah kalau orang dah angau sampai tengok telefon pun boleh senyum”balas kakakku. Sesudah selesai menikmati nasi ayam itu, aku terus masuk ke dalam bilik untuk merehat-rehatkan badan. Aku berasa sungguh seronok dapat meluangkan masa bersama Siti hari ini dan keseronokan itu membuatkan aku terus menelefon Siti. Kami berborak agak lama dan sepanjang perbualan kami,Siti selalu memanggil aku dengan panggilan sayang. Itu membuatkan aku berasa bertambah-tambah seronok.