Friday, July 16, 2010

Percintaan Jarak Jauh Episod 5

Semakin lama hubungan kami semakin erat. Aku bertambah sayang dan cinta terhadap Siti. Tidak pernah aku mendapat kasih sayang seikhlas ini. Aku sering mengucapkan terima kasih kepada Siti kerana sudi memberikan cinta yang ikhlas dan jujur ini kepada diriku. Begitu juga Siti, dia berasa sungguh terharu kerana mendapat teman lelaki yang begitu meyayangi dirinya melebih segalanya. Hari demi hari berlalu dan kini usia kami sudah menjangkau 24 tahun. Masing-masing telah tamat menuntut ilmu di menara gading dan kini kami bekerja di Kuala Lumpur. Aku berhijrah ke Kuala Lumpur adalah kerana peluang pekerjaan di sini adalah begitu banyak. Di samping itu, aku dapat berjumpa dengan Siti di Kuala Lumpur.
Kebetulan tempat kerja aku dan Siti tidak jauh dan kesempatan ini kami gunakan untuk keluar makan tengah hari bersama. Hidup aku kini rasa begitu bahagia. “Esok genap 5 tahun aku berkawan dengan Siti”bisik hatiku. “Aku harus buat satu kejutan untuk Siti esok”kata hatiku lagi. Aku terus mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor Siti. “Sayang,esok malam boleh tak kita jumpa ada benda mustahak hendak dibincangkan”kataku ringkas. Siti pun bersetuju untuk berjumpa di tempat biasa. Memandangkan hari ini adalah hari penting bagi aku, aku telah memohon cuti tahunan bagi membuat kejutan untuk Siti. Aku bersiap-siap dan mengenakan sepasang tuxedo berwarna putih untuk keluar makan malam bersama Siti. Tepat jam 8.30 malam, aku tiba di La Cabana CafĂ©. Aku sudah mengetahui bahawa Siti telah tiba lebih awal kerana sudah menjadi prinsip Siti untuk tiba awal dari masa yang dijanjikan. Siti terkejut melihat aku kerana aku datang bersama seorang wanita yang tidak dikenalinya. Siti melihat kami saling berpegang tangan ibarat merpati dua sejoli. Siti berasa sangat marah dan hiba. Aku tiba di meja Siti dan aku meyeluk saku baju tuxedo aku dan mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna merah. Kemudiannya aku menyerahkan sampul itu kepada Siti. “Surat apa ini?”tanya Siti dengan perasaan ingin tahu. “Bukalah dan sayang akan tahu nanti.”kataku. Alangkah terkejutnya Siti apabila membuka sampul itu kerana di dalamnya terkandung sepucuk surat jemputan kahwin yang tertera namaku di dalamnya. “Dengan siapa U nak kahwin?”kata Siti dalam keadaan sebak. “Maafkan I, I tak ada niat nak sakitkan hati U tetapi I terpaksa pilihan wanita pilihan keluarga I’kataku dengan serba salah. Siti lantas bangun dan menampar pipiku. “Mana janji yang U buat dulu?’kata Siti. “Dulu U dah janji yang hanya dengan I saja U akan kahwin.”tambah Siti lagi. Aku hanya mendiamkan diri dan sebak di dalam hatiku kerana telah melukakan hati insan yang aku sayang.

No comments:

Post a Comment