Friday, July 16, 2010

Percintaan Jarak Jauh Episod 6

Berlinang air mata di pipi Siti. Rasa ingin saja aku hapuskan air mata itu tapi aku tak berdaya. Aku terpaksa menyakiti hatinya demi menjaga hati ibu bapaku. Siti mencapai beg tangannya lalu pergi meninggalkan aku bersama wanita pilihan keluargaku. Aku sempat mencapai tangannya untuk menghalangnya pergi namun tak terdaya menghalangnya. Aku hanya terduduk di sisi meja menyesali tindakan yang telah aku lakukan kepada Siti. Namun aku ada alasan untuk berbuat demikian.
Setelah genap seminggu Siti tidak menerima khabar berita tentang diriku, Siti menerima satu panggilan telefon. “Hello, Boleh saya bercakap dengan kakak Siti.”tanya pemanggil itu. “Ya saya, siapa di talian?”jawab Siti. “Saya ni adik Abang Badrul,boleh tak kalau kita berjumpa?”soal pemanggil itu lagi. Setelah ditetapkan masa dan tempat, maka Siti pergi berjumpa dengan adikku. “Saya Atikah, adik Abang Badrul”jawabnya. “Saya Siti.”jawab Siti secara ringkas. “Apa tujuan adik nak jumpa akak?”tanya Siti. “Sebenarnya saya nak bagitau yang tentang Abang Badrul”jawab Atikah. “Kenapa dengan Badrul??Mana dia??”soal Siti ingin tahu. “Sebenarnya Abang Badrul dah meninggal 4 hari lepas”jawab Atikah. “Huh??Meninggal??”jawab Siti. Bergelinangan air mata mulai turun membasahi pipi Siti. “Badrul sakit apa?”tanya Siti ingin tahu lebih lanjut. “Dia ada penyakit kanser otak sejak 3 tahun lalu dan baru tahun ni dia disahkan berada di tahap yang tidak boleh diselamatkan.”jawab Atikah. “Kenapa dia tak bagitau akak?”tanya Siti lagi. “Sebenarnya saya datang ni bukan nak bagi kakak sedih tapi saya datang untuk menceritakan benda yang sebenar.”jawab Atikah lagi. “Benda yang sebenar??”Siti berada dalam tanda tanya. “Abang Badrul dah ceritakan semua benda ni kat saya dan dia minta saya cerita dekat kakak”. Atikah menceritakan secara terperinci tentang benda yang terjadi dan ketika itulah baru Siti sedar yang perempuan yang bersama Badrul tempoh hari adalah bukanlah bakal isteri Badrul. Perempuan itu adalah sepupu Badrul yang disuruh berlakon untuk menyakiti hati Siti. Badrul melakukan semua ini adalah semata-mata untuk menjauhkan diri dari Siti kerana Badrul sedar peluangnya untuk hidup adalah tipis dan Badrul juga tidak mahu Siti bersedih dengan nasib yang menimpa diri Badrul. “Nah, ni ada benda yang Abang Badrul suruh saya serahkan dekat akak”.kata Atikah. Rupa-rupa Badrul telah membeli cincin untuk melamar Siti tetapi terpaksa melupakannya kerana penyakit yang dialaminya itu. Siti berasa sungguh sedih kerana pertemuan terakhir antara mereka adalah dalam keadaan hati Badrul terluka. Baru sekarang Siti mengetahui betapa cintanya Badrul terhadap Siti dan betapa besarnya pengorbanan Badrul demi tidak melihat Siti terluka.

No comments:

Post a Comment