Tepat jam 1.00 tengah hari, aku telah berada di tempat yang dijanjikan iaitu stesen bas Kamunting. Aku sekarang sedang manaiki bas untuk menuju ke Ipoh untuk berjumpa dengan insan yang sudi menjadi kekasihku 3 minggu yang lalu. Ini adalah kali pertama bertentang mata sejak kami bergelar kekasih. Aku dikenalkan kepada Siti melalui kawanku, Ahmad yang secara kebetulan menuntut di tempat yang sama dengan Siti. Sejak pertama kali aku melihat Siti, hatiku berdebar-debar dan seolah-olah hatiku menyatakan inilah insan yang akan memenuhi hidup aku yang mendatang. Tetiba aku tersedar dari lamunan apabila bas yang aku naiki memasuki terminal bas Ipoh. Aku berasa sungguh gementar bercampur gembira kerana akan berjumpa dengan insan yang sungguh istimewa dalam hidupku kini. Sebaik turun dari bas, aku berjalan menuju ke kedai serbaneka yang berdekatan untuk membeli minuman kerana dari pagi tadi hingga sekarang, aku belum makan atau minum apa-apa kerana terlalu seronok ingin berjumpa dengan Siti. Setelah selesai membeli minuman, aku menerima satu panggilan telefon yang menyatakan bahawa Siti akan sedikit lambat untuk dating berjumpa aku. Oleh kerana pertemuan pertama, aku sanggup tunggu bak kata orang tua-tua “ Kesabaran akan memberikan satu kepuasan”. Sambil aku menunggu Siti, aku sempat berangan dan senyum seorang diri sebab mengingatkan bahawa aku sanggup dating sejauh ini hanya untuk berjumpa dengan siti. Tiba-tiba, lamunanku terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta. Aku segera melihat kea rah kereta itu dan alangkah gembiranya aku apabila melihat Siti telah sampai dengan kereta Proton Perdana V6.
“Maaf sebab lambat, saya kena hantar mak saya pergi ke kenduri tadi.”kata Siti dengan suara yang penuh dengan lemah lembut. Aku sungguh terpegun dan terpesona dengan kecantikan dan kelunakan suara Siti. “Tak apa..saya pun baru saja sampai.”kataku sambil cuba menyembunyikan bahawa aku telah tunggu lama. Aku bukan hendak menipu dia tetapi tidak mahu Siti berasa bersalah sebab datang menjemput lewat. “Farid, inilah kawan kakak,nama dia Badrul panggil dia Abang Badrul taw.”kata Siti kepada adiknya.Aku dan Farid hanya saling berbalas senyuman. “Comel sungguh adik siti nie tapi comel lagi siti”kata hatiku. Dia membawa adiknya bersama kerana katanya dia malu berjumpa secara berdua-duaan. Dia mula menghidupkan enjin dan kami bergerak meninggalkan stesen bas itu. “Awak dah makan ke belum”tanya Siti. Aku malu untuk menyatakan yang aku belum makan tapi sebaliknya melemparkan senyuman yang lebar ke arah Siti. “Kita pergi makan KFC boleh kan?”tanya Siti. “Dekat mana-mana pun boleh janji dapat makan”jawabku dengan nada yang agak berseloroh. Aku melihat Siti tergelak dan senyumannya sungguh menawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment