Sepanjang perjalanan kami dari stesen bas ke KFC, suasana di dalam kereta agak sunyi. Mungkin kerana masing-masing malu hendak bercakap maklumlah lama tak jumpa. Aku memberanikan diri untuk bercakap. “Comel Siti ni….boleh tergoda tengok..hehehe”kataku untuk membuatkan dia ketawa dan ternyata menjadi. “Mana ada saya biasa-biasa saja, ramai lagi perempuan yang lebih cantik dan lawa dari saya”katanya malu-malu. Aku yang tidak pernah datang ke Ipoh agak tercengang-cengang dengan kehijauan di bandar Ipoh. Sedar tak sedar,kami telah sampai ke kedai makanan segera KFC. Kedai itu yang tidak sesak membuatkan kami cepat untuk memesan makanan. Aku memesan makanan yang sama seperti Siti makan. Setelah sampai makanan yang dipesan. Kami pun pergi mencari tempat duduk dan terjumpa dengan satu tempat yang di hujung kedai itu. Tempat yang kami duduk itu agak jauh dari pintu masuk jadi tidak terganggu jika aku ingin berborak-borak dengan Siti. Bukan apa takut kalau duduk di tempat yang ramai orang, kami tidak dapat berborak sebab keadaan yang bising. Kami duduk saling bertentangan dan aku dapat lihat dia sedikit menundukkan wajahnya. Mungkin malu berjumpa dengan aku. Sewaktu makan, aku makan memang cover habis sebab takut Siti cakap aku gelojoh. Sesudah habis makan, Siti bertanya kepada aku “ Ke mana hala tujuan kita selepas ini?”. Aku menjawab “ala awak bawalah saya ke mana-mana pun, saya tak kisah”.”Baiklah, kalau macam itu, apa kata kita pergi tengok wayang. Sekarang ini ada cerita baru Hot Air Balloon”katanya dengan penuh semangat. Aku pun menghadiahkan senyuman tanda setuju. Kereta Perdana yang dipandu Siti bergerak meninggalkan kedai makanan segera itu. Aku berasa sedikit mengantuk kerana perut telah kenyang.
Setibanya di kawasan pusat membeli belah itu, Siti meletakkan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk pusat membeli belah itu. Setelah keluar dari kereta, dia mengajak aku jalan sedikit cepat kerana cerita itu sudah mula dan tanpa aku sangka-sangka, Siti telah memegang tanganku dan menarik. Tiba-tiba suasana di sekeliling kami rasakan menjadi sunyi. Siti hanya memandang mukaku dan dapat aku lihat dia agak malu. Mungkin kerana telah terpegang tanganku tadi. Kemudian dengan cepat-cepat, dia lepaskan pegangan dan meminta maaf sebab secara tidak sengaja telah memegang tanganku. Setibanya di kaunter pembelian tiket, aku menyatakan hasrat untuk membayar tiket untuk kami bertiga tetapi Siti menolak. Setelah aku memberitahunya yang aku ikhlas,dia pun bersetuju untuk menerimanya. Di dalam panggung wayang itu, kami dapat kerusi yang agak depan, terpaksa kami mendongak untuk menonton filem itu. Sepanjang filem itu di tayangkan, aku bukannya menghabiskannya dengan menonton filem itu,sebaliknya aku hanya menatap wajah Siti yang bagi aku cukup sempurna. Sesekali dia seakan-akan perasan yang aku sedang menatap wajahnya. Apabila dia menoleh, aku akan melemparkan satu senyuman yang manis sehinggakan dia secara seloroh menanyakan aku “Awak tengok filem ni ke tengah tengok saya?”. “Tengok dua-dua.”spontan aku menjawab. Dia sedikit malu lalu terus mengalihkan mukanya menonton filem itu balik. Aku pun mengalihkan sama muka kembali menonton wayang tapi cerita agak membosankan membuatkan aku hendak melelapkan mata ditambah dengan penat perjalanan datang ke Ipoh tadi. Tetapi aku tahan juga sebab kegembiraan jumpa Siti membuatkan keletihan dan kebosanan itu hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment