Monday, May 31, 2010

Percintaan Jarak Jauh Episod 3

Selepas menonton wayang, kami bertiga pergi ke sebuah tasik di kawasan Taiping. Berbekalkan 3 botol air dan 2 bungkus keropok, kami bertiga duduk di tepi tasik itu. Disitu kami berbual panjang menceritakan perihal masing. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati bahawa Siti adalah anak kepada seorang jurutera yang sangat terkenal di Kuala Lumpur. Katanya lagi, dia balik ke Perak ini adalah untuk menziarahi keluarga sebelah emaknya kerana telah lama tidak jumpa. Aku berasa sungguh kagum dengan sifat dan perwatakan Siti kerana walaupun berasal dari keluarga yang agak mewah tetapi dia tidak pernah menunjukkan kemewahan dan kesombongan dia terhadap aku. Aku mula berasa segan apabila mengetahui latar belakang keluarganya dalam masa yang sama aku merasa agak was-was samada dia betul-betul ikhlas dengan aku atau sekadar ingin memainkan perasaan aku. Aku cuba menyembunyikan perasaan itu tetapi berjaya dikesan Siti. “Kenapa awak agak susah hati ni”tanya Siti memecahkan lamunan aku. “Tak ada apa cuma saya takut berkawan dengan awak sebab kita macam langit dan bumi, awak dari keluarga kaya padahal saya dari keluarga yang biasa-biasa saja”jawabku dengan nada yang agak perlahan.”Awak,saya tak pernah pandang semua itu dari awak, saya ikhlas hendak kawan dengan awak”.”Lagipun kekayaan boleh menjaminkan kebahagiaan ke?”jawabnya lagi. Aku mengucapkan terima kasih dan bingkas bangun memetik bunga untuk diberikan kepada Siti sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima cintaku.
Masa berlalu dengan begitu pantas bila aku bersama dia. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang,dia terpaksa pulang sebab telah berjanji dengan emaknya akan pulang pukul 7.00. Sewaktu kami bergerak ingin meninggalkan kawasan tasik itu. Hujan dengan semena-menanya turun dengan begitu lebat. Kami terpaksa lari untuk mengelakkan dari basah lencun dan aku bimbang sekiranya dia jatuh sewaktu lari lalu aku memegang tangannya. Hujan seakan-akan tidak mahu membenarkan aku balik dan seakan merelakan aku tetap bersama dengan Siti. Tapi apakan daya, masing-masing hendak pulang ke pangkuan keluarga sendiri. Kalau aku ikutkan hati, aku tidak mahu berpisah dengan Siti kerana hatiku semacam berat ingin melepaskannya pulang. Enjin kereta mula dihidupkan dan Siti mula memandu menyusuri jalan yang kami lalui sewaktu aku datang ke Ipoh ini. Kali ini, Siti terpaksa memandu perlahan-lahan kerana hujan terlalu lebat hingga menyukarkan pandangan mata. Keadaan memaksa Siti menyalakan lampu kecemasan kerana takut pemandu-pemandu yang lain tidak nampak keretanya. Setelah hamper 30 minit memandu kereta miliknya itu,kami tiba di stesen bas yang akan membawaku pulang ke Kedah. Hatiku berasa sungguh berat untuk keluar dari kereta itu untuk meninggalkan Siti. Begitu juga Siti, aku dapat lihat mukanya berubah sejak kami tiba di terminal itu. “Awak menangis ke?”tanyaku untuk mendapatkan kepastian. “Tidak tapi gembira sebab awak sudi meluangkan masa dengan saya walaupun singkat.”katanya sambil mengalir air mata membasahi pipinya yang kering. “Sudahlah,jangan menangis nanti bila ada masa dan ada keizinan kita akan berjumpa lagi.”jawabku untuk menghentikan tangisan Siti sambil tanganku menghapuskan air matanya itu.Setelah aku membuka pintu untuk keluar, Siti menghulurkan tangannya.”Kenapa Siti hulurkan tangan”tanyaku dengan nada yang agak terkejut. “Saya hendak salam dan mencium tangan awak sebagai tanda saya ikhlas menerima dan menghargai awak”jawabnya dalam keadaan yang agak sayu.

No comments:

Post a Comment